17 September 2014

Jom Mengaji di Rumah Ain ...

Assalamualaikum ... Hari ni Ain nak share kawan-kawan yang datang belajar mengaji di rumah Ain. Ain pandai ajar orang mengaji tauuu... hehehee..tak lah. Bukan Ain yang ajar.. tapi Ummi Ain yang ajar. Ain pun ikut sama belajar Al-Quran dengan Ummi. Ok ni foto semalam. Selalunya ramai yang datang, tapi malam ni 4 orang jer yang datang.

Mula-mula 3 orang, iaitu Aqil, Anis dan Anisha


 Adik Anisha paling comel. Umur 5 tahun jer...dah pandai mengaji.



Bila Aqil dah siap mengaji.. baru Ain start mengaji...

Ain kena mengaji betul-betul nanti Ustazah 'Ummi' marah.. eh Ustazah Azimah la.. hehehee... :)


Ini Anis, umur 8 tahun sebaya Ain, satu kelas ..inilah kakak Anisha..

 Adik comel ni lah Anisha.. tengok tu..comel jer cara dia nak sebut huruf2 jawi. Hehehe...

 Ini Aqil..


Ini adik Batrisya.. Umur 5 tahun..orang semua dah balik dia baru datang. Takpe asalkan adik ni ada usaha nak datang mengaji walaupun lambat.


 
Cantik pulak Ain tengok tudung adik Batrisya ni. Ummi kata emak dia pandai menjahit tudung dan buat jual. Waaahhhh..siapa nak tempah tudung cantik-cantik boleh tempah kat mak Batrisya yer. Ain tolong promotkan kat blog Ain ni. :)

Ok jumpa lagi kawan-kawan..

Salam sayang dari Ain..

Ain Izwandy  


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...