Novel Cupcake Girl Ain

Assalamualaikum...

Semalam Ain keluar pegi Mydin Mall Subang Jaya dengan Ummi dan Mak Ndak..

Mula-mula makan dulu di Food Court sebab kami belum makan lagi.. Kami pilih gerai Aneka Sup sebab Ain suka makan sup. Ain order Bihun Sup jer...Sedapppp....

Ummi order Bakso.. Mak Ndak order Bubur Nasi Bakso.. Sedap jugak..

Yummyyy...nampak sedap meatball tu.. Ain yang habiskan meatball tu. Heheheee...

 Yeyyy.. Ini lah yang Ain dapat hari tu. Novel remaja bertajuk Cupcake Girl. Penulis buku ni baru berumur 12 tahun tapi dah jadi penulis buku. Hebatnya dia.. Aizatul Aisya namanya..
Nama watak utama dalam novel ni pun sama macam nama penulisnya. Adakah ini cerita kakak Aizatul Aisya ni sendiri? Hmm... Nanti Ain baca dulu Ain cerita kat sini ok. Ain buat review jer lah, bukan cerita semua. Heheheee.. Nak tahu semua belilah sendiri . RM13 jer untuk Semenanjung Malaysia. Harga RM15 untuk Sabah dan Sarawak.

 Ain dah tak sabar terus baca novel ni.
 Ni semua kerja Mak Ndak la.. suka curi-curi ambik gambar Ain..
 Baca dan terus baca...tanpa menghiraukan orang sekeliling...
"Ummi!.. Ain nak roti tu laaaa...." hehehee..dah membaca lapar pulak.





Sampai di sini dulu cerita Ain hari ni.


Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Ain Izwandy  



Read More

Ain dan telekung Pink

Ini cerita Ahad lepas yang bertarikh 14 September...

Masa ni Ain ke rumah Mak Ndak dan Atok dengan Ummi. Tidur di sana 3 malam. Seronokkk... sebab dah lama Ain nak tidur dengan Atok, akhirnya tercapai jugakk.. yeeyyy..!!! . Ain nak jaga Atok yang dah tak sihat..

Masa kat rumah Atok Ain suka solat dengan Mak Ndak..

Tapi.. tak sangka pulak Mak Ndak nak ambil gambar Ain sebab Mak Ndak suka tengok Ain pakai telekung warna pink. Heheheee..  Cantikk kerr..??

Mula-mula Ain malu-malu sebab tak pernah bergambar pakai telekung..


Ni Ain baca Al-Quran betul-betul tau..bukan lakonan sementara tunggu Isyak. Al-Quran Mak Ndak pun warna pink sama macam telekung Ain.

Ok yang baca doa ni lakonan.. arahan Mak Ndak.. heheheee.... pandai tak Ain berlakon? :p

Ini lah Mak Ndak Ain.. Mmmmuuaaahhhh... sayang Mak Ndak.. ;*

 
Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Ain Izwandy  

Read More

Jom Mengaji di Rumah Ain ...

Assalamualaikum ... Hari ni Ain nak share kawan-kawan yang datang belajar mengaji di rumah Ain. Ain pandai ajar orang mengaji tauuu... hehehee..tak lah. Bukan Ain yang ajar.. tapi Ummi Ain yang ajar. Ain pun ikut sama belajar Al-Quran dengan Ummi. Ok ni foto semalam. Selalunya ramai yang datang, tapi malam ni 4 orang jer yang datang.

Mula-mula 3 orang, iaitu Aqil, Anis dan Anisha


 Adik Anisha paling comel. Umur 5 tahun jer...dah pandai mengaji.



Bila Aqil dah siap mengaji.. baru Ain start mengaji...

Ain kena mengaji betul-betul nanti Ustazah 'Ummi' marah.. eh Ustazah Azimah la.. hehehee... :)


Ini Anis, umur 8 tahun sebaya Ain, satu kelas ..inilah kakak Anisha..

 Adik comel ni lah Anisha.. tengok tu..comel jer cara dia nak sebut huruf2 jawi. Hehehe...

 Ini Aqil..


Ini adik Batrisya.. Umur 5 tahun..orang semua dah balik dia baru datang. Takpe asalkan adik ni ada usaha nak datang mengaji walaupun lambat.


 
Cantik pulak Ain tengok tudung adik Batrisya ni. Ummi kata emak dia pandai menjahit tudung dan buat jual. Waaahhhh..siapa nak tempah tudung cantik-cantik boleh tempah kat mak Batrisya yer. Ain tolong promotkan kat blog Ain ni. :)

Ok jumpa lagi kawan-kawan..

Salam sayang dari Ain..

Ain Izwandy  


Read More

Ain di Setia City Mall

Pada hari Ahad yang lepas, Ain dengan Mak Ndak pergi ke Setia City Mall. Ini adalah kali pertama Ain datang sini. Setia City Mall terletak di tengah Bandar Setia Alam.

Apa yang menarik di Setia City Mall ialah taman permainannya yang unik. Ain suka main gelongsor, buaian dan macam-macam lagi.

Ok lah Ain dah malas nak menulis panjang-panjang. Tengok jer lah foto di bawah ni yer..

Masa ni Ain baru sampai.. masih blur lagi tak tahu nak buat apa.. heheheee..

Sebenarnya Ain takde mood nak bergambar sangat. Ambik gambar Bangunan Setia City Mall yang cantik ni lah. Air terjun tu cantik bila dah nak malam baru keluar lampu warna warni. Ada warna hijau.. biru.. pink.. merah.. kuning.. dan lain-lain... canteekkkkk....


Masa ni Ain tengah tengok ikan kat dalam kolam ni. Banyaaakkk.. ada ikan kecik, ada besar.. Ain pun tak tahu apa nama ikan tu.. Ain nampak ada yang bagi ikan makan roti kosong. Ain tengok jer.. sambil minum air soya.



Hari dah nak malam... kami pun dah nak balik. Sebelum tu berselfie dulu dengan Mak Ndak Ain.. heheheee.. Ok kawan-kawan.. jumpa lagi yer. Nanti Ain post lagi cerita Ain di blog ni.

Assalamualaikum..

Salam Sayang dari Ain...

Ain Izwandy




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...